Website Propancing Club untuk Kaki pancing Tanah Air
Berita baik untuk semua kaki pancing seluruh Malaysia, Propancing telah menyediakan ruang diskusi untuk semua kaki pancing berforum, dan berkongsi pengalaman di Website Propancing melalui Alamat www.propancing.net
Pra-GP Joran Pantai Puteri(Sumber:Joran BH)
KUALA LUMPUR: Kaunter pendaftaran Karnival Memancing Pra-GP Joran 2010 di Pantai Puteri, Melaka pada 28 Februari ini, akan dibuka seawal jam 10 pagi Sabtu (27 Februari) hingga jam 12 tengah malam dan bersambung keesokannya, mulai jam 5 pagi hingga masa pertandingan.
Pada 27 Februari, pemancing yang datang membawa keluarga atau rakan-rakan boleh berkhemah di Pantai Puteri kerana pelbagai program menarik termasuk persembahan kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan dondang sayang akan diadakan di pentas utama.
Mereka yang ingin mendaftar sebagai peserta dinasihatkan membawa borang rasmi yang diperoleh dengan membeli akhbar Berita Harian dan Harian Metro. Borang pendaftaran rasmi akan disiarkan di Berita Harian mulai esok disusuli pada keluaran 16, 19, 22, 24 dan 27 Februari, manakala dalam Harian Metro pula diterbitkan pada edisi 21, 23, 25 dan 26 Februari iaitu dua hari sebelum pertandingan.
Hanya borang rasmi layak menyertai cabutan bertuah. Bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai borang berkenaan masih boleh bertanding dalam karnival Pra-GP Joran yang turut menyediakan 20 mata bonus.
Penganjur hanya menyediakan kira-kira 1,500 kemeja T bercetak khas dan mengamalkan konsep siapa cepat dia dapat. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM100 untuk satu joran.
Karnival Memancing Pra-GP Joran adalah pembuka tirai kepada empat siri pertandingan GP Joran 2010 dengan menyediakan hadiah keseluruhan RM46,500. Juara bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 diikuti kedua RM10,000; ketiga RM5,000 dan keempat RM1,000.
Penganjur turut menyediakan wang tunai RM500 untuk tempat kelima hingga ke-10; ke-11 hingga ke-20 (RM300) dan ke-21 hingga ke-30 (RM200). Manakala tempat ke-31 hingga ke-40 bakal memenangi hamper sumbangan penaja. Sebuah motosikal Modenass Kriss dijadikan hadiah utama cabutan bertuah.
Maklumat lanjut hubungi Unit Joran di talian 03-22822323 sambungan 4240, 4241, 4242. - Oleh Zulhilmi Hat

Memancing Toman Empangan Batu Ulu Yam
Empangan Batu sebuah empangan buatan tadahan hujan terletak berdekatan dengan Ulu Yam merupakan Sebuah Tasik yang kaya dengan perbagai sumber ikan. Lokasinya berdekatan dengan Ibu Kota Kuala Lumpur dapat memberikan pilihan pantas bagi pemancing kota untuk melepaskan gian memancing toman, arapaima, tengas, lampam dan perbagai spesis ikan yang terdapat di empangan ini. Ia mempunyai pemandangan yang menarik, angin sejuk dan kemudahan Pondok kecil untuk pemancing kota beristirehat sambil memancing bersama keluarga. Selain dari itu, kedudukannya berdekatan dengan pusat rekreasi Ulu Yam memberikan nilai tambah kepada kaki pancing yang inig memancing dan bersantai.
Tinjauan saya untuk melihat dan mencuba nasib di empangan batu memang tidak menghampakan apabila toman lapar sepanjang kurang satu kaki menyambar ikan keli dan hasilnya juga agak memuaskan. Mengikut cerita orang tempatan, terdapat ikan arapaima dan toman bersaiz bagak bersedia untuk dipancing. Mungkin cerita tersebut ada benarnya kerana apabila dilihat saiz empangan tersebut, ia sangat besar dan mungkin sangat dalam dan sangat sesuai untuk ikan-ikan bersaiz besar seperti toman dan arapaima bersembunyi.
Masa memancing
Masa yang sesuai untuk memancing toman di empangan batu ini adalah sepanjang pagi pukul 7 hinga pukul 12 tengah hari dan proses untuk memancing ikan toman ini sangat lambat dan toman akan kembali aktif seawal pukul 4 hingga 6.
Umpan Sesuai
Umpan yang sesuai untuk memancing toman pula adalah anak keli-umpan yang biasanya digunakan untuk memancing toman. Umpan pilihan juga boleh digunakan seperti anak tengas yang boleh dibeli dari orang tempatan atau dipancing terus menggunakan umpan cengkerik. Selain itu, umpan lampam juga sesuai untuk memancing toman. Kelebihan lampam dan tengas berbanding keli adalah permukaan yang berkilat dan menarik perhatian apabila disimbahi cahaya matahari berbanding keli yang malap dan hitam serta kurang menarik perhatian. Tengas juga adalah lebih baik berbanding lampam kerana kebolehan tengas untuk hidup lebih lama dan lebih lasak selain lampam yang mudah mati. Tengas juga mempunyai kelebihan lain kerana ia adalah ikan dari habitat yang sama, jadi toman sudah biasa menyambar tengas berbanding ikan lain. Umpan alternatif lain juga boleh digunakan iaitu menggunakan gewang yang sesuai cuma hasilnya lebih kecil dan kadang kala anak toman yang menyambar.
Pemancing kota bolehlah melupakan kesibukan kota dan berehat sambil memancing dan menikmati keindahan alam serta bersantai bersama keluarga tersayang. Teruskan usaha memancing dan jagalah alam sekitar. Selamat mencuba.

Saya bersama Toman bersaiz kecil
Masa memancing
Masa yang sesuai untuk memancing toman di empangan batu ini adalah sepanjang pagi pukul 7 hinga pukul 12 tengah hari dan proses untuk memancing ikan toman ini sangat lambat dan toman akan kembali aktif seawal pukul 4 hingga 6.
Pemandangan yang tenang dan angin yang nyaman
Umpan Sesuai
Umpan yang sesuai untuk memancing toman pula adalah anak keli-umpan yang biasanya digunakan untuk memancing toman. Umpan pilihan juga boleh digunakan seperti anak tengas yang boleh dibeli dari orang tempatan atau dipancing terus menggunakan umpan cengkerik. Selain itu, umpan lampam juga sesuai untuk memancing toman. Kelebihan lampam dan tengas berbanding keli adalah permukaan yang berkilat dan menarik perhatian apabila disimbahi cahaya matahari berbanding keli yang malap dan hitam serta kurang menarik perhatian. Tengas juga adalah lebih baik berbanding lampam kerana kebolehan tengas untuk hidup lebih lama dan lebih lasak selain lampam yang mudah mati. Tengas juga mempunyai kelebihan lain kerana ia adalah ikan dari habitat yang sama, jadi toman sudah biasa menyambar tengas berbanding ikan lain. Umpan alternatif lain juga boleh digunakan iaitu menggunakan gewang yang sesuai cuma hasilnya lebih kecil dan kadang kala anak toman yang menyambar.
Bertarung dengan tarikan ganas toman
Pemancing kota bolehlah melupakan kesibukan kota dan berehat sambil memancing dan menikmati keindahan alam serta bersantai bersama keluarga tersayang. Teruskan usaha memancing dan jagalah alam sekitar. Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)